Serah kepada proses undang-undang

Iklan
Mohd Rashid Hasnon - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat I, Datuk Mohd Rashid Hasnon menjelaskan beliau belum menerima notis tindakan undang-undang yang mencabar keabsahan proses pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang difailkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Dr Mahathir dan empat rakan yang lain boleh berbuat apa yang diinginkan dalam amalan demokrasi asalkan mengikut undang-undang yang termaktub.

Iklan
Iklan

"Saya mengambil maklum tentang Dr Mahathir bersama empat ahli Parlimen lain yang bertindak mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keabsahan proses pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

"Saya tidak menerima notis tersebut dan terserah kepada proses undang-undang untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Tun M, empat YB saman Speaker, Timbalan Speaker

Iklan
Iklan