Ada setahun lebih lagi untuk perbaiki prestasi kerajaan - Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbirannya mempunyai baki tempoh lebih setahun untuk memperbaiki prestasi kerajaan sebelum berakhirnya penggal semasa.

Beliau berkata, kerajaan akan berusaha melakukan yang terbaik dan memperbaiki prestasi dalam tempoh berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita ada setahun lebih lagi," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai baki tempoh pentadbirannya selepas merasmikan Prakarsa AI Pendidikan Negara; AI Temu AI, di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Iklan

Terdahulu, Anwar menzahirkan keyakinan yang tinggi bahawa Kerajaan Madani berjaya membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang terbatas.

Genap empat tahun menerajui Kerajaan Persekutuan pada Selasa dan memikul amanah dalam mengemudi Malaysia, Anwar berkata kedudukan kewangan negara terus diperkemas, tatakelola diperbaiki, reformasi institusi digerakkan dan kebajikan rakyat terus diperkukuh.

Iklan