Sindiket judi dalam talian kaut RM1.8 juta tumpas
Iklan
Polis menumpaskan sindiket judi dalam talian yang mengaut keuntungan sebanyak RM1.8 juta daripada hasil judi sejak enam bulan lepas.
KUCHING - Polis menumpaskan sindiket judi dalam talian yang mengaut keuntungan sebanyak RM1.8 juta daripada hasil judi sejak enam bulan lepas setelah menyerbu dua premis di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong berkata, dalam serbuan bermula 9 pagi itu sembilan suspek iaitu lapan warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan.
Iklan
Iklan
"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Stampin Baru, tiga wanita asing berumur 21 hingga 26 tahun ditahan serta tiga unit komputer dan tujuh telefon pintar dirampas.
"Serbuan kedua yang dijalankan di sebuah unit kondominium di Jalan Sarip Masahor, polis menahan seorang lelaki tempatan serta tiga lelaki dan dua wanita, kesemuanya warga asing berumur 20 hingga 36 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Leong berkata, polis turut merampas empat unit komputer dan empat telefon pintar di kondominium itu dan beliau percaya sindiket ini menggunakan dua premis terbabit sebagai pusat panggilan untuk menerima pertaruhan antara RM8,000 hingga RM10,000 setiap hari.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>