Negeri Sembilan benar solat sunat Aidiladha
Iklan
Negeri Sembilan membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat sunat Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini.
SEREMBAN - Negeri Sembilan membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat sunat Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu turut melibatkan kesemua 1,063 surau yang tidak mempunyai tauliah solat Jumaat bertujuan mengurangkan kesesakan jemaah di masjid dan surau Jumaat pada hari berkenaan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, surau-surau ini perlu memohon kepada pejabat agama Islam daerah untuk berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Menurut Aminuddin, kebenaran membuka semua masjid dan surau untuk solat sunat Aidiladha tersebut telah dipersembah maklum kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam.
Iklan
Pada masa sama, beliau berkata, masjid dan surau tidak dibenar mendirikan khemah di perkarangan premis masing-masing pada hari berkenaan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.
Mengenai ibadat korban pula, beliau berkata, hanya 50 petugas serta dua wakil bagi setiap peserta korban dibenarkan berada di lokasi.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>