KFA bakal tubuh syarikat persiapan ke arah penswastaan
Iklan
PADANG TERAP - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menubuhkan sebuah syarikat bagi persiapan ke arah penswastaan sepenuhnya untuk beraksi di Peringkat Asia pada tahun hadapan.
Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagaimanapun persatuan itu perlu mendapatkan gambaran sepenuhnya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggerakkan langkah seterusnya.