Helikopter tentera Colombia terhempas ragut 9 nyawa

Iklan
Nahas helikopter tentera Colombia yang berlaku pagi Isnin lalu meragut sembilan nyawa. - Foto UPI

BOGOTA - Nahas helikopter tentera Colombia yang berlaku pagi Isnin lalu meragut sembilan nyawa selain mencederakan enam yang lain, memetik kenyataan tentera semalam, lapor agensi berita Xinhua.

"Malangnya, kami menemui sembilan mayat anggota kami," kata seorang jurucakap tentera.

Iklan
Iklan

Bangkai helikopter UH-60 Black Hawk yang membawa 17 penumpang itu ditemui pada semalam di sepanjang Sungai Inirida di tenggara Colombia.

"Di lokasi helikopter malang itu terhempas, anggota penyelamat melaporkan 17 penumpang berada dalam helikopter ketika kejadian," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

Iklan

Penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan manakala misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih dijalankan.

Helikopter itu terlibat dengan operasi ketenteraan untuk membanteras kumpulan bersenjata di Guaviare sebelum terhempas.

Iklan

Bahagian penerbangan tentera telah menghantar pakar untuk menyiasat punca nahas. - Bernama