Sarawak masih tanggung kos kuarantin rakyat dari luar negara

Iklan
DOUGLAS UGGAH EMBAS

KUCHING - Kerajaan Sarawak masih menanggung kos kuarantin Covid-19 bagi rakyatnya yang pulang dari luar negara ke negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri I Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu berkata, bagaimanapun, kaedah tersebut tidak terpakai bagi pekerja asing yang kembali bertugas di Sarawak.

Iklan
Iklan

"Bagi pekerja asing, kos di pusat kuarantin yang telah ditetapkan selama 14 hari sebaik tiba di Sarawak dari luar negara perlu dibayar oleh majikan masing-masing,” katanya pada sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan bahawa warganegara yang pulang dari luar negara perlu menanggung sendiri kos kuarantin.

Iklan

Sementara itu, JPBN dalam mesyuaratnya pagi ini memutuskan pemilik premis perniagaan di Sarawak berhak untuk tidak membenarkan pelanggan mereka berurusan di premis mereka jika didapati tidak memakai pelitup muka.

"Orang ramai dinasihati agar sentiasa memakai pelitup muka sekiranya berada di tempat awam, pusat beli-belah, pasar, kedai makan dan kedai runcit,” kata Uggah.- Bernama

Iklan