Tak sangka wanita conteng mural
Iklan
Wajah pemimpin dihasilkan tiga anak muda.
SHAH ALAM - Pelukis mural terkejut selepas pelaku yang dipercayai bertindak menconteng wajah pemimpin yang dihasilkannya di Taman Cahaya Alam, Seksyen 12 di sini adalah wanita.
Muhammad Suhaimi Ali, 27, berkata, beliau dan dua rakannya yang turut terlibat dalam penghasilan karya itu juga tidak mengenali individu tersebut.
Iklan
Iklan
Malah, beliau turut menafikan mempunyai musuh sepanjang empat tahun berkarya.
"Saya tak kenal dia, saya ingatkan lelaki yang buat, rupanya wanita.
Iklan
"Kami tak ada musuh, belum pernah kami terima ugutan sama ada melalui mesej atau secara berdepan, kalau diconteng sebab cemburu, itu saya tak pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Semalam, kelibat dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural pemimpin negara itu dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mula tular beberapa jam selepas kejadian.
Iklan
Suhaimi yang merupakan graduan Ijazah Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, mereka masih dalam tempoh bertenang dan tidak berhasrat untuk melukis semula potret pemimpin di lokasi sama dalam masa terdekat.
Muhammad Suhaimi
"Buat masa ini belum ada perancangan untuk lukis mural di kawasan itu tetapi mungkin di tempat lain dulu...tunggu keadaan kembali tenang, dah reda mungkin buat semula di sana," katanya.
Bercerita lanjut, beliau mula melukis potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melukis lima lagi potret pemimpin secara berperingkat.
"Satu lukisan ambil masa kira-kira dua hari dan kami buat pada hujung minggu sebab masing-masing bekerja. Biasanya saya mula kerja jam 10 pagi sampai 2 petang kemudian sambung semula dari jam 5.30 petang sampai 7 petang.
"Lukisan tersebut siap sepenuhnya 29 Jun lalu dan tak sampai sebulan lukisan tersebut sudah dipadam (selepas diconteng). Penat dah hilang cuma saya rasa terkilan," katanya.
Katanya, lukisan itu boleh mencecah RM10,000 tapi dilukisnya secara percuma sebagai menghargai pemimpin yang sama-sama berjuang memerangi wabak koronavirus (Covid-19).
"Kos nak siapkan lukisan itu tak sampai RM1,000 tapi harganya jadi mahal sebab orang menghargai usaha kita menghasilkan seni tersebut.
"Tak semua lukisan terus jadi dengan satu percubaan, ada yang perlu dilukis berkali-kali sehingga terhasilnya seni itu," katanya.
Terdahulu, media melaporkan mural itu disedari diconteng dengan kata-kata kesat kira-kira jam 7 pagi kelmarin oleh orang awam yang melalui lokasi itu.
Selain potret Yang di-Pertuan Agong, turut diconteng ialah wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mural itu turut memaparkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>