Tiada keperluan laksana solat Jumaat dua sesi di Kelantan
Iklan
MOHAMAD SHUKRI
KOTA BHARU - Solat Jumaat tidak perlu dilaksanakan secara dua sesi di Kelantan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana jumlah masjid sedia ada mencukupi.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, solat Jumaat dua sesi hanya untuk negara-negara yang tidak mempunyai bilangan masjid yang cukup bagi melaksanakan ibadat itu secara serentak dalam keadaan jarakkan sosial, namun di Kelantan malah di seluruh negara jumlahnya mencukupi.
Iklan
Iklan
"Kelantan sendiri mempunyai 603 buah masjid dan jumlah itu setakat ini mampu menampung jemaah terutamanya bagi melaksanakan solat Jumaat. Tidak perlu dua sesi... di Kelantan dan seluruh negara cukup hanya satu sesi sahaja seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan solat Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, mesyuarat itu juga sedia maklum setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan solat Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>