Isu UEC: Kerajaan tidak perlu tunduk pada Huazong
Iklan
Noor Hariri Mohamed Noor
KOTA BHARU - Kerajaan tidak terlalu berlembut dan tunduk dalam menyelesaikan kemelut isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kembali dipertikaikan.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan kemahiran ahlinya dalam berbahasa Kebangsaan tanpa meminggirkan bahasa ibunda mereka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, walaupun jelas menyimpang daripada Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Negara, isu UEC sengaja dibangkitkan kembali untuk meraih kepercayaan orang Cina terhadap DAP, selain ingin menutup kebobrokan dan kelemahan prestasi pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang ibarat retak menanti belah.
"Pemuda Umno Kelantan menekankan supaya kerajaan hari ini tidak berlembut dalam isu UEC untuk mendapat pengiktirafan ini. Selagi mana mereka tidak memenuhi syarat utama iaitu pelajar perlulah lulus kepujian mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Iklan
"Dua mata pelajaran teras ini amat penting dalam membina jati diri untuk menjadi rakyat Malaysia yang cintakan negara," katanya.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengotakan janji untuk mengiktiraf UEC sebagaimana dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih bersama PH.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>