Tiga pemandu mabuk ditahan

Iklan
Antara pemandu kenderaan sedang menjalani ujian kandungan alkohol.

PETALING JAYA - Seramai tiga lelaki ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, awal pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 29 hingga 38 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 280 pengguna jalan raya dan 214 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut. Tiga individu itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan.

"Sebanyak 22 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, 10 daripada saman itu adalah kesalahan memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen sah," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Iklan
Iklan

Nik Ezanee memaklumkan kesemua individu yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.