PM tidak pernah nyatakan akan iktiraf UEC: PMO
Iklan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam pertemuan beliau bersama pimpinan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong).
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini pagi ini menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong pada 16 Julai 2020.
Iklan
Iklan
Kenyataan itu menyatakan, Perdana Menteri sebaliknya menyebut bahawa UEC mendapat pengiktirafan sebahagian, apabila kerajaan pada masa lalu menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Menurut kenyataan itu juga, kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP, dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian, dalam Bahasa Melayu.
Iklan
"Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu lagi.
Media melaporkan seorang ahli jawatankuasa DAP mahu Muhyiddin mengotakan janji untuk UEC seperti dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sewaktu masih bersama Pakatan Harapan (PH).
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin harus kota janji iktiraf UEC: DAP
Usah cetuskan sentimen perkauman dalam isu UEC
Terdahulu turut dilaporkan dakwaan Hua Zhong bahawa Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.
Menurut pertubuhan itu, Muhyiddin menyatakan harapan itu semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen beberapa hari lalu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>