Lukisan kaki Razali bernilai ribuan ringgit
Iklan
Razali cekal menempuh kehidupan dengan kekurangan fizikal, tetapi mampu meletakkan namanya sebaris pelukis hebat.
KUALA NERUS - Dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, Razali Rohani, 36, tetap mampu meletakkan namanya sebaris pelukis hebat walaupun dirinya kekurangan fizikal.
Menggunakan kaki bagi menggantikan tangan ketika melukis, Razali mampu menghasilkan karya seni cukup menarik melalui pameran lukisan dan demonstrasi di lokasi tumpuan.
Iklan
Iklan
Malah lukisan pemandangan dihasilkan pelukis 'istimewa' itu pernah dibeli dengan harga lebih RM1,000 ketika menyertai satu pameran lukisan di Istana Budaya sebelum ini.
"Lukisan itu dibeli ketika menyertai pameran di Istana Budaya. Lama dah, terkejut juga dan saya bersyukur kerana ada yang menghargai hasil seni insan seperti saya," katanya, hari ini.
Iklan
Bakat melukis dimiliki bapa seorang anak itu bermula sejak berusia 12 tahun dan dalam keadaan diri berstatus OKU, suami kepada Siti Rosuzy Zawawi, 29, itu tanpa jemu terus mengasah bakat.
"Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pagar Besi dari Darjah Satu hingga Darjah Enam tetapi tidak meneruskan persekolahan peringkat menengah kerana hilang keyakinan diri ketika itu.
Iklan
Orang ramai yang datang melihat hasil lukisannya ketika insan istimewa itu melukis di Pantai Teluk Ketapang.
"Bagi memikirkan masa depan, saya mengambil keputusan mengikuti kursus di sebuah pusat latihan orang kelainan upaya (OKU) di Cheras selepas berhenti sekolah," katanya.
Sejak itu, katanya, dia mula menanam keazaman untuk mencapai impian menjadi pelukis dan mengasah kemahiran dan kebolehannya dalam bidang lukisan di pusat latihan berkenaan.
"Selepas menamatkan latihan, saya menambah pengetahuan untuk mengasah bakat dengan menimba ilmu daripada pelukis yang lebih berpengalaman sebagai panduan," katanya.
Razali turut menyertai Persatuan Artis Lukisan Mulut dan Kaki (MFPA) iaitu badan bertanggungjawab memasarkan lukisan dihasilkan pelukis sepertinya, selain beberapa persatuan lain.
Malah Razali mengakui kini mampu berbangga apabila dengan hasil usahanya selama ini dia berupaya memiliki sebuah kereta yang dibeli menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.
"Saya juga mampu unruk melakukan rutin harian seperti insan normal lain seperti menggunakan telefon bimbit dan mengasuh anak perempuan saya tanpa bantuan sesiapa," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>