Bomba lengkap PPE usung mayat turun pangsapuri
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 13 anggota bomba lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) membantu polis membawa turun mayat seorang lelaki dari sebuah pangsapuri di Kampung Baru, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang dan menghantar anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak ke lokasi.