Gabungan 10 NGO sokong Anwar sebagai PM kesembilan
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Reformis Malaysia (GRM) menyokong penuh keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 6 Julai 2020 yang komited dengan pendirian asal mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Menurut kenyataan bersama GRM yang terdiri daripada 10 NGO itu berkata, ia selaras dengan aspirasi majoriti perjuangan rakyat sejak dari awal melalui gerakan reformasi selama lebih 20 tahun.