Isu jadi PM, Hadi 'bahan' Kit Siang
Iklan
Paparan Facebook Abdul Hadi
SHAH ALAM - Pas menafikan dakwaan kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang berhubung yang parti itu pernah merayu sokongan DAP untuk melantik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
Hadi Awang berkata Pas tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri menanti.
Iklan
Iklan
"Mungkin Saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya yang menggunakan ayat bersahaja dalam menjawab tuduhan berkenaan.
Dalam satu laporan semalam Kit Siang mendakwa Abdul Hadi Awang menerusi kepimpinan Pas bertemunya untuk membincangkan soal Perdana Menteri pada PRU13 lepas.
Iklan
Veteran DAP itu mendakwa pemimpin Pas mahu berbincang mengenai calon Perdana Menteri gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.
"Pemimpin Pas agak licik kerana tidak mencadangkan Hadi harus menjadi calon Perdana Menteri, dan secara diplomatik mencadangkan calon yang sesuai adalah veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya dalam kenyataan semalam, petik laporan FMT.
Iklan
Dakwa Kit Siang lagi"Apabila pemimpin DAP membantah dan bertegas Anwar harus terus menjadi calon PR, dan kami tidak mencadangkan Hadi sebagai calon, pemimpin Pas mengugurkan subjek itu kerana tahu DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai Perdana Menteri dan cadangan menggantikan Anwar tidak lagi ditimbulkan.”
Kit Siang berkata DAP dituduh anti-Islam dan anti-Melayu kerana partinya enggan menyokong Hadi sebagai Perdana Menteri.
Beliau bersyukur PR tidak memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada 2013, kerana negara akan terjerumus ke dalam krisis perlembagaan sekiranya Hadi mahu menjadi"king maker” dan menukar sokongan Pas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>