Bongkar dalang utama sindiket dadah, jangan hanya tangkap orang tengah – Pemuda Pas
Iklan
Pemuda Pas Malaysia mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengkhianatan dan penyalahgunaan amanah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan aset strategik pertahanan negara.
SHAH ALAM – Kerajaan digesa membongkar dalang utama, pembiaya dan pihak yang melindungi sindiket pengedaran dadah, bukan hanya mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan itu.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Nadzir Helmi berkata, tindakan terhadap pihak yang disyaki terlibat dalam rantaian logistik semata-mata tidak mampu melumpuhkan keseluruhan ekosistem sindiket dadah sekiranya dalang utama masih bebas.
Iklan
Iklan
Menurutnya, siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menelusuri aliran kewangan, rangkaian pengedaran serta kemungkinan wujud unsur perlindungan oleh pihak berkepentingan.
Nadzir berkata, DPPM mengikuti rapat perkembangan kes penyeludupan dan pengedaran dadah termasuk yang membabitkan pegawai agensi pertahanan negara.
Iklan
Beliau memaklumkan, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengkhianatan dan penyalahgunaan amanah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan aset strategik pertahanan negara.
“DPPM menghormati proses perundangan terhadap enam individu yang berdepan pertuduhan mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup berserta sebatan.
Iklan
“Dadah dan rasuah merupakan musuh utama negara yang perlu diperangi melalui penguatkuasaan undang-undang secara tegas serta pengenaan hukuman berat terhadap mana-mana pihak yang terbukti bersalah,” katanya.
Bagaimanapun, Nadzir berkata, usaha mengenal pasti, menangkap dan mendakwa dalang utama sindiket berkenaan perlu disegerakan sebelum sebarang hukuman mati dijatuhkan terhadap enam tertuduh sekiranya mereka didapati bersalah.
“Jangan jadikan nyawa anggota sebagai kambing hitam, namun kepala sindiket terus bebas mengaut keuntungan dan merosakkan negara,” katanya.
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan yang beliau kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan yang Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menurutnya, beliau memahami bahawa keputusan pelantikan Menteri Besar adalah hak prerogatif Presiden parti serta memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806375/berita/politik/saya-okey-tiada-sebarang-rasa-kecewa--jalaluddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.