UMNO yakin lantikan exco baharu akhiri kemelut politik Negeri Sembilan
Iklan
Ahmad Zahid (kanan) ketika hadir merasmikan Himpunan 26K Huffaz Kebangsaan 2026 di Masjid Tuminah Hamidi di sini pada Jumaat.
BAGAN DATUK – UMNO yakin kemelut politik di Negeri Sembilan berakhir susulan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengekalkan Datuk Ismail sebagai Menteri Besar serta melantik enam Exco Kerajaan Negeri baharu pada Jumaat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu diharap dapat mengembalikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri sekali gus memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan sedia ada.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan negeri kini perlu memberi tumpuan untuk melunaskan tanggungjawab pentadbiran termasuk mengadakan sidang khas Belanjawan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kita harapkan dengan pelantikan Exco ini, ia akan dapat melunaskan semula segala tanggungjawab kerajaan negeri dan paling penting ialah mengembalikan keyakinan rakyat keseluruhannya kepada kerajaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Himpunan 26K Huffaz Kebangsaan 2026 di Masjid Tuminah Hamidi di sini pada Jumaat.
Terdahulu media melaporkan Negeri Sembilan secara rasmi membentuk semula barisan Exco Kerajaan Negeri selepas pentadbiran negeri itu berjalan tanpa barisan exco sejak September lalu.
Iklan
Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai menyaksikan empat wakil BN dan dua wakil Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah jawatan Exco dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco di hadapan Tuanku Muhriz di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pelantikan exco berkenaan juga penting bagi memastikan segala urusan jabatan dan agensi kerajaan dapat dilaksanakan seperti biasa termasuk penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di peringkat daerah, mukim dan kampung.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi BN menjelaskan, lima kepimpinan utama sebelum ini telah menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan kemelut politik berkenaan dalam suasana tenang.
Katanya, keputusan yang diperkenankan baginda merupakan penyelesaian terbaik dan perlu disokong oleh semua pihak demi memastikan kestabilan politik serta kelangsungan pentadbiran negeri.
"Lima kepimpinan utama semalam telah menghadap Tuanku dan perbincangan secara tenang telah diadakan.
"Apa yang telah diputuskan oleh Tuanku itu adalah satu keputusan yang terbaik dan rakyat keseluruhannya harus mendukung apa yang telah diperkenankan serta dititahkan Tuanku," katanya.
Beliau turut berharap tiada lagi permasalahan baharu timbul selepas ini yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan pentadbiran Negeri Sembilan.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan lima pemimpin tertinggi BN-UMNO diketuai Ahmad Zahid tiba di Istana Hinggap di sini pada Khamis untuk menghadap Tuanku Muhriz.
Selain beliau, turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan yang beliau kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan yang Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menurutnya, beliau memahami bahawa keputusan pelantikan Menteri Besar adalah hak prerogatif Presiden parti serta memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806375/berita/politik/saya-okey-tiada-sebarang-rasa-kecewa--jalaluddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.