Empat didakwa rancang serangan di komuniti Islam

Iklan
Vincent Vetromile,Brian Colaneri, Andrew Crysel (kiri ke kanan) dan seorang remaja lelaki didakwa merancang serangan ke atas Islamberg. - Foto Greece Police Department

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Tiga lelaki dan seorang remaja didakwa merancang serangan bom di sebuah komuniti kecil Islam di New York.

Andrew Crysel, 18, Vincent Vetromile, 19, Brian Colaneri, 20 dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikenakan pertuduhan jenayah kerana memiliki bom serta senjata buatan sendiri.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka turut merancang serangan ke atas Islamberg, sebuah komuniti yang diasaskan seorang ulama Pakistan pada tahun 80-an.

Komplot serangan terbongkar berikutan maklumat daripada seorang pelajar yang terdengar perbualan remaja terbabit ketika di sekolah.

Iklan

Terletak di barat Pergunungan Catskill, Islamberg menjadi sasaran teori konspirasi yang melabel kawasan tersebut sebagai kem latihan pengganas. - BBC

Iklan