Siapa punya kambing berkeliaran?
Iklan
Anggota Penguatkuasa MDB memuatkan kambing yang ditangkap di pekan Kuala Besut ke dalam lori.
BESUT - Majlis Daerah Besut (MDB) terus menggempur haiwan yang didapati berkeliaran di beberapa lokasi di daerah ini menerusi Operasi Haiwan Merayau Siri 4 2019.
Yang DIpertua Majlis Daerah Besut, Ahmad Azizi Zulkifli berkata, sebanyak 19 kambing berjaya ditangkap di beberapa kawasan dalam operasi terbaru bermula jam 3 hingga 6.30 petang kelmarin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, operasi tersebut melibatkan dua pegawai dan 17 anggota penguatkuasa MDB manakala kaedah tangkapan menggunakan jaring dan ubat pelali.
"Kita belum pasti kambing-kambing tersebut mempunyai pemilik atau sebaliknya dan kita tunggu dalam tempoh yang ditetapkan untuk pemiliknya tampil menuntut kembali.
Iklan
"Kesemua haiwan tersebut ditangkap di sekitar pekan Kuala Besut, Pengkalan Nyireh, Kampung Raja dan Kampung Keluang iaitu kawasan yang sering dibuat operasi sebelum,” katanya.
Ahmad Azizi berkata, sehubungan itu pihaknya belum mengenal pasti samada haiwan tersebut sebenarnya mempunyai pemilik atau kambing yang dilepaskan sejak dahulu sebelum membiak.
Iklan
Menurutnya, berdasarkan kes tangkapan lepas kebanyakan kambing yang ditangkap tidak dituntut semula menyebabkan ia terpaksa dilupuskan dengan cara lelongan selepas memenuhi syarat ditetapkan.
Menurutnya, haiwan yang ditangkap telah dihantar ke kandang (paun) tahanan di depoh MDB Gong Medang dekat sini.
"MDB melahirkan rasa kesal kerana masih ada pemilik khususnya di kawasan Kuala Besut dan Kota Putera yang melepaskan haiwan ternakan mereka seperti lembu dan kambing meskipun operasi diadakan secara berterusan,” katanya.
Beliau berkata lagi, kempen operasi menangkap haiwan merayau bermula 20 Disember tahun lepas sehingga Mac ini.
Dalam pada itu kata beliau, operasi ini hanya dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa MDB dengan menggunakan kenderaan jabatan.
"Sekiranya bukan melibatkan anggota dan lori MDB bermakna ia bukan dilakukan oleh kami,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor