Bantuan alumni ringan beban sekolah dan kerajaan
Iklan
Santhanasmy
SEREMBAN - Ketiadaan bantuan kewangan daripada pihak luar sebenarnya menyukarkan pihak sekolah membeli mesin pengimbas haba automatik yang dikatakan lebih mahal.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul, A Santhanasmy berkata, sehubungan itu penting untuk alumni sekolah mengumpul dana membantu memberi sumbangan untuk membeli alat itu yang kini menjadi satu keperluan.
Iklan
Iklan
Katanya, penggunaan alat canggih itu dapat mempercepatkan kerja-kerja penyaringan dan pengambilan suhu badan berbanding penggunaan alat pengimbas suhu digital biasa.
"SK St Paul bernasib baik kerana bekas pelajar sangat membantu. Ada bekas pelajar kami yang syarikatnya bersedia membeli mesin itu dan berharap dapat disediakan sebelum sesi persekolahan sepenuhnya dibuka," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Katanya, alat itu penting disediakan di setiap sekolah buat masa ini dan dijangka mengambil tempoh yang panjang untuk digunakan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak berkesudahan.
"Kita nak kurangkan kesesakan di depan sekolah pada waktu pagi. Kalau sesi persekolahan dibuka sepenuhnya nanti akan ramai perlu beratur panjang untuk pemeriksaan suhu. Bagi saya ia tidak lagi praktikal.
Iklan
"Saya setuju ketika ini alumni sekolah, ibu bapa dan pihak swasta kerjasama menyumbang beli alat pengimbas haba automatik tanpa mengharapkan kerajaan sahaja," katanya.
Sementara itu katanya, pihaknya sangat berterima kasih dengan alumni SK St Paul yang turut memberi sumbangan membeli cecair pembasmi kuman dan membuat sanitinasi bangunan sekolah secara percuma.
Beliau berkata, jika semua alumni sekolah mengamalkan sikap sebegitu ia bukan sahaja dapat meringankan beban sekolah tetapi kerajaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>