‘Dulu pegang jawatan diam, sekarang baru bersuara’ – Mohd Noor Helmy
Iklan
Mohd Noor Helmy
MELAKA -  Tindakan pihak mempertikaikan pelantikan Timbalan Exco Melaka selepas tidak lagi memegang jawatan sebagai sesuatu yang pelik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, tidak menjadi kesalahan untuk mengkritik pelantikan itu, namun mempersoalkan mengapa isu itu tidak dibangkitkan ketika pihak terbabit masih memegang jawatan tersebut.
Iklan
Iklan
“Tak pelik pun kalau nak kritik pelantikan Timbalan Exco, (namun)  peliknya, ketika orang (pihak) kamu pegang jawatan itu, tak ada bunyi, tetapi apabila sudah tidak memegangnya, baru bunyi berlagu-lagu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau mengulas pandangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang menyifatkan jumlah anggota Exco dan Timbalan Exco terlalu ramai bagi sebuah negeri kecil seperti Melaka.
Iklan
Pihak terbabit turut mempersoalkan keperluan mewujudkan terlalu banyak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri susulan pembentukan barisan kepimpinan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata, pelantikan Timbalan Exco merupakan pendekatan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri, selain mengoptimumkan peranan wakil rakyat.
Iklan
“Kamu tahu tak kalau jawatan Timbalan Exco ini tiada, wakil-wakil rakyat ini banyak masa lapang?
"Persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri) tiga bulan sekali (kemudian) apa boleh dibuat? Merayau dalam kawasan, menziarahi penduduk dan melayan aduan sahajalah,” jelas beliau.
Menurutnya, kewujudan jawatan itu membolehkan lebih ramai wakil rakyat terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri, selain membantu meringankan beban tugas Exco.
“Ada tenaga tambahan dalam sistem pentadbiran dan ada wakil kalau Exco terlalu sibuk dengan tugas.
“Saya sokong? Memanglah sebab saya pun Timbalan Exco,” katanya yang memegang jawatan Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri (Tugas-tugas Khas).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tujuh tahun Akmal hilang' - Ibu dakwa anak hilang selepas kenal lelaki tua menyamar 'Puteri Nabila'"><meta itemprop="description" content="Sepasang suami isteri tidak dapat menahan kerinduan merayu anak sulung mereka, Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, 28, yang hilang sejak tujuh tahun lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Asiah Basiron, 51, berkata, anaknya kali terakhir dilihat pada 3 Oktober 2019 ketika keluar dari rumah mereka di Pulau Gadong kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805913/edisi/melaka-ns/tujuh-tahun-akmal-hilang---ibu-dakwa-anak-hilang-selepas-kenal-lelaki-tua-menyamar-puteri-nabila
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akmal #Hilang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-24T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P276S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbze47m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbze47m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbze47m"></script>