Kelawar gergasi jadi tumpuan di internet

Iklan
Inilah gambar kelawar gergasi yang menajdi popular di internet. - Foto Twitter

MANILA - Sekeping gambar kelawar yang sedang tidur dan menyamai saiz manusia di Filipina sebenarnya gambar lama pada tahun 2018, namun tular semula selepas ia dikongsi di laman sosial Twitter, lapor portal berita India Today pada 3 Julai lalu.

Gambar itu menunjukkan seekor kelawar sedang tergantung dengan kaki berada di atas bumbung manakala kepala pula menghadap ke bahagian tanah.

Iklan
Iklan

Terdapat keterangan dalam gambar tersebut yang menyatakan panjang sayap kelawar jenis golden crown flying fox itu boleh mencecah sehingga 1.7 meter.

Maklumat dalam keterangan itu menyatakan bahawa haiwan itu memakan buah-buahan.

Iklan

Bagaimanapun, akhbar itu menyatakan saiz kelawar itu bukannya sesuatu yang luar biasa di Filipina.

Pelbagai komen yang diberikan apabila gambar kelawar itu dikongsikan di laman Twitter.

Iklan

Gambar tersebut pada mulanya disiarkan dalam akaun Twitter AlexJoestar622 dan menjadi popular di internet.

Ramai pengguna Twitter berasa terkejut apabila melihat gambar tersebut.

Penduduk di Filipna juga mengesahkan negara itu mempunyai kelawar gergasi.

Menurut portal worldofbuzz.com, kelawar itu boleh terbang sejauh 40 kilometer pada setiap malam untuk mencari buah-buahan sebagai makanan.

Bagaimanapun, ia merupakan spesies yang dilindungi.

Haiwan itu kerap diburu oleh pemburu dan habitat asalnya telah dimusnahkan oleh manusia. - Agensi