53 motosikal, lapan kereta terbakar
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletak di kawasan parkir blok 41, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia, di sini terbakar hari ini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zaid Zainal berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi.