Ibu bapa, alumni bertanggungjawab bantu kerajaan

Iklan
Fauzi Ahmad Marzuki

SHAH ALAM - Cadangan supaya persatuan alumni, ibu bapa dan orang perseorangan mengadakan kutipan awam bagi tujuan membeli alat pengimbas haba bertepatan kerana ia merupakan salah satu usaha membantu kerajaan bagi memastikan pelajar dapat meneruskan proses pembelajaran di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Desa Petaling, Fauzi Ahmad Marzuki berkata, pelajar di bawah umur 12 tahun merupakan kumpulan berisiko tinggi dan memerlukan perhatian khusus daripada pelbagai pihak agar mereka tidak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Kita juga tidak boleh mengharapkan pihak sekolah untuk melakukan pemantauan semata-mata. Jadi, antara cara paling mudah ialah bantuan daripada alumni dengan kerjasama PIBG mampu mengurangkan beban tugas pihak sekolah.

"Mereka juga boleh menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak terutama dalam mengejar silibus yang tertinggal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika setiap orang atau alumni dapat menyumbangkan RM10 seorang, pastinya kita mampu menyediakan alat pengimbas haba dan pembersih tangan yang mencukupi bagi kegunaan sekolah," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Katanya, sokongan PIBG juga penting kepada sekolah apabila mereka boleh membantu untuk memeriksa suhu pelajar sebelum memasuki kawasan sekolah.

"Ia bukan sahaja dapat memastikan anak-anak sentiasa sihat tetapi membantu menjimatkan masa sebelum mereka memulakan pembelajaran di sekolah.

Iklan