LABUAN - Projek menaik taraf Sistem Takungan Air Mentah di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Kinabenua, Kampung Sungai Bedaun dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan, Muhammad Zulkeflee Yusof berkata, projek yang bernilai RM8 juta itu melibatkan kerja-kerja pembesaran dan pedalaman takungan air yang sedia ada bagi meningkatkan kapasiti keperluan sumber air di Labuan.