Perodua catat jualan bulanan tertinggi
Iklan
Zainal Abidin
PERODUA mencatatkan jualan bulanan tertinggi pada Jun lalu iaitu sebanyak 21,250 kenderaan, hampir tiga kali ganda lebih tinggi daripada bulan sebelumnya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Menurutnya, peningkatan tersebut dirangsang oleh pengecualian cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu industri automotif.
Iklan
Iklan
"Langkah kerajaan untuk mengecualikan cukai jualan membolehkan pembeli menikmati harga kenderaan yang dikurangkan – bagi Perodua kurang antara 3 hingga 6 peratus.
"Kenaikan jualan kami ini dipacu oleh penurunan harga tersebut, sekali gus membolehkan Perodua membantu ekosistem pembekal dan pengedar pada masa yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Iklan
Justeru, katanya, Perodua akan memastikan pembeli menerima kenderaan mereka secepat mungkin tanpa berkompromi dengan keselamatan dan kualitinya.
Pada 5 Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan insentif cukai jualan 100 peratus bagi kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) dan pengecualian 50 peratus bagi kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga akhir tahun ini.
Iklan
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, jualan Perodua setakat tahun ini (YTD) kini berjumlah sekitar 74,000 unit.
"Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan pada Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac, sekali gus membawa kepada penutupan operasinya selama dua bulan.
"Perodua kembali beroperasi secara rasmi di seluruh negara pada 19 Mei dan berjaya menjual 7,886 kenderaan sebelum akhir bulan tersebut,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>