Tiga sahabat culik wanita dijel seumur hidup, sebat
Iklan
Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi selesai prosiding keputusan.
KUALA TERENGGANU - Tiga sahabat masing-masing dijatuhi hukuman penjara seumur dan sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang wanita dengan meminta wang tebusan RM400,000 daripada majikannya tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Zairol Nizan Md Nor, 40; Mohd Khairul Anuar Musa, 42, dan Abdul Hadi Abu Bakar, 25, yang kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadap mereka.
Iklan
Iklan
Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah menerusi keterangan tertuduh sepanjang prosiding berjalan.
"Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh memberi keterangan lebih kepada penafian semata-mata. Masing-masing menafikan ada di lokasi semasa kejadian.
Iklan
"Dalam masa sama, tertuduh gagal memaklumkan kepada mahkamah dan membuktikan secara jelas di mana mereka berada ketika kejadian.
"Jadi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes di akhir pendakwaan dan kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya dalam penghakimannya.
Iklan
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama menculik mangsa, Liyana Abdul Manaf, 31, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM400,000 di Simpang 3 Kampung Pisang, Tepoh di sini jam 7.40 pagi pada 23 Januari 2017.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tujuh sebatan terhadap tertuduh, Mohd Zairol Nizan yang diwakili peguam, Ahmad Nizam Mohd dan Alias Ibrahim.
Tertuduh, Mohd Khairul Anuar dan Abdul Hadi pula dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan lima sebatan yang masing-masing diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed dan Firdaus Mohamad Yusuf.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud.
Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dalam perjalanan balik ke rumah selepas sarapan di kedai berhampiran ditahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan dibawa ke beberapa tempat.
Mangsa hanya dilepaskan dengan selamat pada jam 1.30 pagi, pada 24 Januari 2017 selepas wang tebusan sebanyak RM400,000 dibayar majikannya.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula tarikh masing-masing ditangkap iaitu Mohd Zairol Nizan bermula 1 April 2017, Mohd Khairul Anuar (14 Mac 2017) dan Abdul Hadi (8 Disember 2018).
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.