Lahirkan pekerja terlatih dalam kalangan murid lepasan sekolah

Iklan
Abdul Halim Mansor

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyediakan satu lapangan tenaga kerja dengan melibatkan murid lepasan sekolah dalam usaha melahirkan pekerja terlatih dan mengurangkan kerbergantungan terhadap tenaga kerja warga asing.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, setiap tahun hampir 500,000 pelajar menamatkan persekolahan yang secara tidak langsung akan memasuki pasaran pekerjaan.

Iklan
Iklan

"Jadi semua pelajar yang habis belajar perlu mendaftar dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia serta mesti bekerja dalam apa juga pekerjaan yang ada sebagai khidmat negara dengan gaji minima.

"Maka selepas setahun mereka ini akan keluar dengan sijil dan testemoni sebagai pekerja terlatih,” katanya selaku panelis pada Wacana Sinar Harian Siri ke-177 bertajuk Cabaran Malaysia Tanpa Pekerja Asing di sini malam tadi.

Iklan

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, selain itu kerajaan perlu menerapkan satu standard pengambilan pekerja supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan menyediakan tenaga kerja warga asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, kerajaan perlu mendidik pihak berkaitan khususnya mereka yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (IKS) bahawa pengambilan pekerja perlu berdasarkan kelulusan dan kemahiran.

Iklan

"Jika tidak ia bukan sahaja memberikan implikasi buruk dan masalah kepada syarikat mereka tetapi ekonomi negara pada masa akan datang.

"Majikan juga perlu mempunyai objektif dalam menentukan perniagaan mereka. Mereka juga perlu menentukan kemampuan daya saing syarikat agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

"Perkara ini yang kerajaan perlu tukar dalam syarat kelayakan pekerjaan kerana apabila mereka berdepan dengan situasi seperti sekarang iaitu Covid-19 mereka mampu menanganinya,” katanya.