Dua maut kereta api rempuh pikap di Selatan Thailand

Iklan
Keadaan pikap dipandu mangsa selepas dirempuh kereta api.

SURAT THANI- THAILAND. Seorang wanita dan anak lelakinya terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta api dalam kejadian di Khanthulee dalam daerah Tha Ghana, pagi tadi.

Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan) ketika wanita malang itu menghantar anaknya ke sekolah.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenal pasti sebagai Weerawal Semrod, 34 dan Manoonsak, 10.

Siasatan awal polis mendapati, wanita yang sedang memandu kenderaan pikap itu tidak menyedari kehadiran kereta api tersebut ketika cuba melintas landasan antara perkampungan Ban Tham Khai Chawala dan Ban Than Namthip.

Iklan
Iklan

Kemalangan tersebut menyebabkan perkhidmatan kereta api di bahagian selatan tergendala. - Agensi