17 individu termasuk dua pengedar ditahan
Iklan
Polis gempur Port Belakang Polisko di ladang kelapa sawit Felda Lui Selatan 1 semalam.
JEMPOL - Polis menahan 17 individu termasuk dua pengedar dadah dalam Op Sarang di kebun kelapa sawit di Felda Lui Selatan 1 di sini semalam.
Lokasi yang dikenali dalam kalangan mereka sebagai 'port belakang polisko' itu dikatakan menjadi lokasi tumpuan pengedar dan penagih dadah sekitar kawasan tersebut sejak sebulan lalu.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, suspek yang ditahan berusia antara 24 hingga 43 tahun
"Polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 60.89 gram, syabu 13.50 gram dan eramin 5 seberat - 0.21 gram daripada dua pengedar berusia 24 dan 34 tahun. Sebuah motosikal Honda EX5 yang dianggarkan bernilai RM3,000 turut disita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Katanya, kes disiasat di bawah pelbagai Seksyen dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.
Operasi sembilan jam bermula jam 6 pagi itu itu disertai polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (Daerah) Jempol.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohd Khairiel berkata, ketika operasi beberapa suspek cuba melarikan diri dengan kenderaan namun gagal.
"Ada motosikal penagih yang terbabas ke dalam anak sungai manakala dua penagih nekad melarikan diri dengan sebuah kenderaan melanggar pokok sawit. Bagaimanapun mereka tidak mengalami kecederaan.
"Berdasarkan hasil ujian urin mendapati kesemua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>