Kerja APM bukan tangkap ular sahaja
Iklan
Fazlisyah (kanan) memeriksa bot yang juga aset milik APM bagi kerja-kerja menyelamat.
SEREMBAN - Tugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) bukan hanya menangkap ular semata-mata, malah skop kerja mereka sebenarnya lebih luas dan pelbagai.
Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel Fazlisyah Muslim berkata, pasukan itu pada dasarnya terlibat dengan kerja-kerja menyelamat nyawa orang awam.
Iklan
Iklan
"Kami terlibat dengan apa sahaja tugasan pasukan keselamatan lain atau yang berkaitan panggilan kecemasan 999,” katanya.
Beliau berkata, APM turut diangkat sebagai sekretariat bencana peringkat negeri dan daerah.
Iklan
"Kita disediakan aset mencukupi untuk tugas menyelamat iaitu 33 kenderaan darat seperti ambulans dan lori serta 15 kenderaan air.
"Lagipun anggota kita memang dilatih mengendalikan kerja seumpama itu,”katanya.
Iklan
Fazlisyah berkata, APM Negeri Sembilan membuka pengambilan seramai 600 anggota pada tahun ini yang mana setiap seorang daripada mereka layak menerima elaun.
Katanya, jumlah itu terpaksa dihadkan berikutan tahun lalu pengambilan anggota sukarelawan melepasi sasaran 14,000 iaitu 1,8712 orang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>