Warga emas rempuh rumah ditahan

Iklan
Warga emas dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkannya terbabas.

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas ditahan kerana dipercayai melanggar sebuah rumah di Taman Sejati Indah di sini pada jam 2.15 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian dilaporkan berlaku apabila pemandu kereta jenis BMW 320i berusia 65 tahun itu gagal mengawal kenderaan dan terbabas ketika melalui lokasi berkenaan.