Peniaga buah nyaris ditetak kerana batu sempadan tanah
Iklan
HULU TERENGGANU - Seorang peniaga buah berdepan detik mencemaskan apabila nyaris ditetak dengan parang oleh bapa saudara dan sepupunya kerana dituduh sengaja mengalihkan batu sempadan tanah dalam kejadian di Kuala Berang di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, semasa berada di rumahnya, mangsa yang berusia 52 tahun didatangi dua kakitangan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu memaklumkan untuk mencari batu sempadan tanah miliknya.
Iklan
Iklan
Menurut sumber, bagaimanapun semasa sedang menemani dua kakitangan itu mencari batu sempadan tersebut, mangsa dikejutkan dengan kehadiran dua beranak itu dalam keadaan marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat yang menuduh mangsa sengaja hendak mengalihkan batu sempadan tanah.
"Namun, mangsa tidak mengendahkannya, malah meneruskan pencarian itu dan semasa hendak menggali tanah, secara tiba-tiba salah seorang daripada suspek menyerang mangsa daripada belakang dengan cuba hendak menetak menggunakan parang pendek.
Iklan
"Mangsa bernasib baik apabila perbuatan itu sempat dihalang oleh isteri dan anaknya yang ketika itu berada bersama di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Jelas sumber, difahamkan kejadian berlaku selepas dua beranak itu menuduh mangsa sengaja mengalihkan batu sempadan tanah antara tanahnya dengan tanah milik mereka.
Iklan
"Tetapi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu sudah mengesahkan yang mangsa tidak mengalihkan batu sempadan itu.
"Meskipun kedua-dua beranak itu sudah diberi penjelasan oleh pihak berkenaan yang batu sempadan itu memang berada di lokasi asalnya, mangsa yang risau kejadian tidak diingini berlaku pada masa akan datang mengambil keputusan membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal