Buaya tembaga dikesan berkeliaran di muara sungai
Iklan
Seekor buaya tembaga dikesan berkeliaran di sekitar jeti APMM Kemaman sejak semalam. Foto hiasan dijana AI
CHUKAI - Seekor buaya tembaga dikesan berkeliaran di sekitar jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman di muara Sungai Kemaman dekat sini sejak semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten berkata, pihaknya melakukan pemantauan berkala di jeti berkenaan selepas menerima laporan mengenai reptilia itu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Perhilitan Terengganu menerima maklumat mengenai video tular di sosial media memaparkan haiwan itu berkeliaran berhampiran jeti pada 4.40 petang semalam.
"Hasil pemeriksaan di lokasi bagaimanapun tidak menemukan kelibat buaya berkenaan namun berdasarkan keterangan anggota APMM, reptilia itu dipercayai dilihat semula di kawasan tersebut pada 4 pagi semalam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Dennis berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta mengesan kehadiran haiwan itu.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>