Kerajaan Pahang pertimbang rampas semual tanah: Wan Rosdy
Iklan
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
CAMERON HIGHLANDS - Pemilik tanah di negeri Pahang diingatkan agar segera membayar cukai hasil tanah memandangkan Kerajaan Negeri sedang mempertimbang untuk merampas semula tanah daripada pemilik yang sengaja tidak membayar cukai itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini berikutan jumlah cukai hasil tanah yang tertunggak di negeri ini pada tahun lepas mencecah RM81 juta.
Iklan
Iklan
"Itu satu jumlah yang banyak. Kerajaan negeri setakat ini tidak berhasrat untuk merampas balik (tanah) tetapi sifir-sifir hendak rampas balik itu ada.
"Contohnya tanah yang luas selama lima tahun berturut-turut tidak dibayar (cukai), dan tanah kita tengok ada hasil seperti durian musang king dan kelapa sawit, itu mungkin kita rampas sebab dia sengaja tidak bayar (cukai),” katanya selepas merasmikan Dewan Puncak Arabella di sini, hari ini.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun Wan Rosdy berkata tindakan merampas semula tanah tidak akan dikenakan ke atas mereka yang terbukti tidak mampu untuk membayar cukai.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>