Kerangka besi projek pembinaan LRT3 runtuh
Iklan
KLANG - Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh dalam satu kejadian awal pagi tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.