Pasar Malam Saujana Utama ditutup bermula hari ini

Iklan
MDKS memuat naik kenyataan berhubung penutupan serta merta Pasar Malam Saujana Utama bermula hari ini.

KUALA SELANGOR - Pasar Malam Saujana Utama yang beroperasi pada setiap hari Rabu ditutup serta-merta bermula hari ini.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam kenyataannya memaklumkan, pasar malam itu ditutup berikutan terdapat aduan awam dan beberapa isu teknikal.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pembukaan semula pasar malam itu tertakluk kepada pemberitahuan dari masa ke masa.

"Sebarang kesulitan amat dikesali," kata kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi MDKS hari ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan secara terperinci berhubung penutupan terbabit.