Tahanan lari: Seorang berjaya ditangkap, lapan masih diburu

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

SANDAKAN - Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina semalam selepas melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini pada awal pagi Rabu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, lelaki berumur 40 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Kilometer 27 Jalan Sandakan - Kota Kinabalu dekat sini kira-kira jam 2 petang.

Iklan
Iklan

"Berlaku sedikit pergelutan sewaktu melaksanakan tangkapan itu sehingga pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum untuk menangkapnya," menurut kenyataan itu.

Polis sedang memburu lapan lagi tahanan yang masih bebas selepas melarikan diri dari PTS itu, dipercayai selepas merosakkan jeriji sebuah tingkap pada jam 2.20 pagi ketika hujan lebat.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sandakan dengan menelefon 089-212222. - Bernama