JAS kesan sisa buangan berbau pelarut

Iklan
Kerja kerja pembersihan lokasi dipantau oleh JAS.

SEREMBAN- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan sisa buangan berbentuk cecair berwarna hitam dan berbau pelarut di tepi Jalan Tok Ungku, Rasah berdekatan Taman Kasturi di sini susulan pencemaran bau Loji Rawatan Air Sungai Linggi, Selasa lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, kawasan tercemar berdekatan dengan alur air yang mengalir ke Sungai Linggi.

Iklan
Iklan

"JAS telah mengambil sebanyak enam sampel bahan buangan di lokasi kejadian untuk analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia.

"Kerja-kerja pembersihan tapak, pembungkusan, pengangkutan dan pelupusan di lokasi kejadian dilaksanakan oleh premis yang dilesenkan oleh JAS," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Exco

Iklan
Kerja- kerja pembersihan di lokasi.

Mengulas lanjut, Veerapan berkata, kerja-kerja menyedia dan meletakkan karung pasir bagi mengepung kesan buangan daripada memasuki ke alur air telah dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan dipantau oleh JAS.

"JAS akan terus memantau kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sehingga buangan tercemar selesai dilupuskan dengan teratur dan selamat di tempat yang diluluskan oleh JAS.

Iklan

"JAS juga sedang melaksanakan siasatan lanjut untuk mengenalpasti pihak yang melakukan aktiviti pembuangan haram buangan terjadual tersebut.

"Siasatan JAS dilakukan di bawah Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana individu disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak melebihi RM500 000," katanya.

Kerja-kerja pembersihan di lokasi dipantau oleh JAS.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian atau melihat sebarang aktiviti mencurigakan dinasihatkan melaporkan ke hotline Jabatan Alam Sekitar 1-800-88-2727 atau telefon 06-764 9017/18.

Veerapan (dua dari kiri) mendengar Penerangan daripada JAS ketika meninjau lokasi sisa buangan berbentuk cecair berwarna hitam dan berbau pelarut dikesan di tepi Jalan Tok Ungku, Rasah.