Umno bangkit dari kejutan
Iklan
JERTIH - Ahli-ahli Umno khususnya di Daerah Besut telah dapat menerima kenyataan kekalahan parti itu serta status sebagai pembangkang.
Naib Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, mereka kini telah bangkit bekerja untuk memenangkan semula parti pada PRU15 akan datang.
Iklan
Iklan
Walaupun berdepan cabaran besar, beliau mengakui mereka kini bekerja tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan atau upah tidak sebagaimana ketika menjadi kerajaan dahulu.
"Dahulu pekerja parti sering dikaitkan dengan gaji atau upah atas setiap yang mereka lakukan tetapi sekarang mereka faham situasi yang berlaku.
Iklan
"Malah saya nampak mereka semakin bersemangat bekerja secara sukarela untuk perjuangkan nasib yang menimpa rakyat sekarang,” katanya yang juga Adun Jertih.
Beliau berkata demikian selepas wawancara bersama Sinar Harian bertajuk Cabaran Berbakti Ketika Tiada Kuasa menerusi program Sinar Live semalam.
Iklan
Muhammad Pehimi berkata, walaupun sudah tidak berkuasa tetapi beliau meneruskan tugas menyantuni rakyat dan pengundi di kawasannya.
Menurutnya, dengan segala kekangan iaitu kuasa, kewangan dan kemudahan menyebabkan usaha membantu rakyat sedikit terbatas.
"Tapi kita terus mendekati rakyat untuk membantu setakat termampu dan membawa isu yang dihadapi oleh rakyat kepada kerajaan negeri ataupun persekutuan,” katanya.
Di pihaknya, Muhammad Pehimi berkata, beliau tidak menjadikan kekalahan Umno di peringkat negeri dan Pusat sebagai alasan untuk tidak membantu rakyat sebaliknya terus mengambil inisiatif turun padang melawat penduduk yang uzur, kematian, kenduri mahupun yang berdepan dengan pelbagai masalah.
Menurutnya, bukan sahaja pekerja yang memahami situasi dihadapi Umno yang menjadi pembangkang, malah pengundi sendiri sedar perkembangan itu.
"Misalnya kalau dijemput majlis kenduri, mereka mahu saya hadir ke majlis mereka sahaja kerana mereka tidak harapkan apa-apa,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>