Usahawan francais lebih kreatif sepanjang PKP
Iklan
Sahar Sahad
SHAH ALAM - Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad mengakui ramai golongan usahawan francais menjadi lebih kreatif untuk mempromosikan perniagaan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian majoriti perniagaan mereka lebih baik berbanding sebelumnya.
Iklan
Iklan
"Mungkin jika melihat kepada senario yang berlaku sepanjang PKP ini agak sukar untuk mengatakan perniagaan mereka boleh bertahan namun hakikatnya ada segelintir mereka berjaya meraih pulangan lumayan.
"Malah ada sesetengahnya, perniagaan mereka semakin meningkat dan terus berkembang dalam tempoh PKP,” katanya yang memberi perkhidmatan kepada lebih 100 pelanggan francais tempatan dan antarabangsa.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Turut menjadi panelis pada program itu ialah Ketua Bahagian Pembangunan Francais, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Mazlan Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua.
Iklan
Perunding Francais, Smart Franchise Partners Sdn Bhd, Sahar Sahad ketika menjadi panelis program Webinar Bizfrancais: Francais di Bawah Norma Baharu di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Mengulas lanjut Sahar turut berpendapat bahawa PKP juga telah menukar cara mereka mengendalikan perniagaan masing-masing daripada konvensional kepada dalam talian (online) dan pendigitalan.
Katanya, selain itu mereka juga berjaya mewujudkan saluran-saluran pasaran baharu dan juga mengeluarkan produk-produk yang baharu ekoran tekanan dihadapi ketika PKP.
"Malah ada yang berjaya membuat jualan yang tinggi tanpa memerlukan outlet fizikal dengan memberikan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah yang banyak membantu usahawan francais ketikan pelaksanaan PKP ini.
"Dalam tempoh PKP ini juga wujud kerjasama dalam kalangan usahawan francais untuk membantu di antara satu sama lain bukan sahaja melibatkan perniagaan bahkan juga pekerja-pekerja mereka,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>