Mayat dalam ladang sawit
Iklan
Mayat lelaki ditemui dalam ladang kelapa sawit.
SEREMBAN - Mayat seorang lelaki ditemui di ladang kelapa sawit Rantau, di sini tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 12.45 tengah hari dan kemudian memaklumkan kepada polis bantuan, sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Rantau.
Iklan
Iklan
Katanya, hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati, mangsa adalah berbangsa India, berusia 40 tahun dan berasal dari Rantau.
"Si mati ditemui masih berpakaian lengkap, beberapa kecederaan pada bahagian anggota badan ditemui.
Iklan
"Namun tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis,"katanya.
Tambah beliau, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Iklan
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian di atas diminta untuk tampil di balai polis berdekatan. Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tujuh tahun Akmal hilang' - Ibu dakwa anak hilang selepas kenal lelaki tua menyamar 'Puteri Nabila'"><meta itemprop="description" content="Sepasang suami isteri tidak dapat menahan kerinduan merayu anak sulung mereka, Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, 28, yang hilang sejak tujuh tahun lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Asiah Basiron, 51, berkata, anaknya kali terakhir dilihat pada 3 Oktober 2019 ketika keluar dari rumah mereka di Pulau Gadong kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805913/edisi/melaka-ns/tujuh-tahun-akmal-hilang---ibu-dakwa-anak-hilang-selepas-kenal-lelaki-tua-menyamar-puteri-nabila
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akmal #Hilang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-24T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P276S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbze47m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbze47m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbze47m"></script>