PRK DUN Chini: Calon BN diumum 18 Jun ini
Iklan
Ahmad (dua dari kanan) meninjau lokasi tapak lokasi pusat rekreasi Kampung Parit Sikom hari ini.
PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan diumumkan pada 18 Jun ini di Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan tanpa memberikan butiran lanjut mengenai calon yang ditampilkan itu.
Iklan
Iklan
"Soal calon kita serahkan pada pucuk pimpinan, namun apa yang pasti UMNO akan letakkan calon yang terbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pusat Rekreasi Kampung Parit Sikom di sini hari ini.
Beliau berkata, UMNO tidak akan memandang rendah terhadap lawan dan juga kemenangan BN di PRK DUN Chini walaupun kawasan tersebut dikenali sebagai kawasan kubu kuat UMNO.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai, manakala hari penamaan calon pada 20 Jun, dan pengundian awal pada 30 Jun.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Iklan
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Razali Ithnain mendapat 1,065 undi.
Sementara itu, ditanya mengenai tuduhan membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dilihat mampu memberi kesan terhadap UMNO dalam persiapan menghadapi PRK DUN Chini pada 4 Julai depan, beliau menjelaskan, perkara yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam tiada kaitan dengan PRK DUN Chini.
"Itu perkara lain, tiada kaitan," katanya ringkas.
Semalam, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram kontrak konsesi balak di Sabah.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Musa daripada semua pertuduhan selepas pihak pendakwaan memohon untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman lepas dan bebas
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.