Cubaan seludup tiga kontena air zam-zam
Iklan
SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk air zam-zam ke dalam negara selepas merampas 83,000 liter air berkenaan yang dianggar bernilai RM1.3 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat sini, Khamis lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, air zam-zam yang dibawa dalam tiga kontena bersaiz 40 kaki itu melibatkan nilai cukai berjumlah kira-kira RM343,000.