Pas yakin rakan dalam PN sudah sedia hadapi PRU15
Iklan
Takiyuddin
SHAH ALAM - Pas melahirkan keyakinan terhadap parti-parti yang membentuk Perikatan Nasional (PN) telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan termasuklah memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun tarikhnya belum diputuskan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga yakin kerjasama dan sikap toleransi anggota PN akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan hari ini sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri sehingga ke akhir penggal.
Iklan
Iklan
"Pas menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin mantap, sekali gus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan kerajaan PN.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Pas gagal jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat'
Iklan
Ahli, pemimpin UMNO sokong PRU15 awal
BN sedia hadapi PRU15, kata Najib
Iklan
"Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata, Pas akan terus bersama-sama komited mendukung dan mempertahankan kedudukan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinetnya yang terdiri daripada semua parti-parti anggota," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suatu fakta yang jelas iaitu kerjasama politik antara Pas dengan BN, khususnya UMNO telah dimuktamadkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman pada 14 September 2019 sekali gus membentuk Muafakat Nasional (MN).
"Kerjasama sehingga terbentuknya kerajaan Persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Februari 2020, diikuti pemeteraian memorandum persefahaman oleh Pengerusi-Pengerusi dan Presiden- Presiden BN, Bersatu, Pas berserta parti-parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya telah membentuk PN," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>