UM tutup pintu masuk, keluar kepada awam

Iklan
Foto arkib Bernama

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) akan menutup pintu masuk dan keluar kampus itu kepada orang awam sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan komuniti kampusnya daripada penularan koronavirus (Covid-19).

UM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pintu masuk dan keluar universiti itu kini hanya boleh digunakan kakitangan, pelajar, kakitangan Pusat Perubatan UM dan Pusat Pakar UM, sehingga satu tempoh dimaklumkan.

Iklan
Iklan

"Kampus adalah tertutup kepada orang awam.

"Pelawat memasuki kampus untuk perkara rasmi, e-hailing dan perkhidmatan penghantaran makanan dikehendaki untuk mendaftarkan diri kepada pegawai keselamatan di pintu masuk kampus,” katanya. - Bernama

Iklan
Iklan