Jual arak: Kelantan sedia jadi contoh

Iklan
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersedia menjadi panduan kepada negeri lain dalam urusan penjualan arak dan pemberian lesen kepada peniaga yang terlibat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan mempunyai dasar khusus melibatkan penjualan arak dan diterima pakai dengan baik di seluruh negeri.

Iklan
Iklan

"Kita harap kerajaan Persekutuan boleh melihat kaedah yang diguna pakai di negeri ini dan dijadikan panduan menguruskan penjualan arak.

"Kita tidak menafikan hak bukan Islam. Kita hormati tapi ada kawalan. Kawalannya ialah tidak boleh dijual secara terbuka dan hanya di premis tertentu khusus untuk orang bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di JKR10 di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, katanya, untuk permohonan lesen, hanya orang bukan Islam yang layak memohon dan tertakluk kepada keperluan golongan itu.

"Semua kita ambil kira. Setakat ini difahamkan, jumlah lesen yang dikeluarkan untuk bukan Muslim cukup dengan keperluan. Sebab kita tengok jumlah bilangan mereka,” katanya.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan banyak pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan untuk membekukan pengeluaran lesen melibatkan penjualan arak.

Selain itu, gesaan turut dilakukan untuk kerajaan meningkatkan hukuman kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian.