'Ini bukan kemalangan, tapi pembunuhan'
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini.
Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, gesaan itu berikutan peningkatan kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian, dengan sembilan kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Iklan
Iklan
"Pada pandangan kami, ini bukan kemalangan, ini adalah pembunuhan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu mabuk: KPKT timbang cadangan beku lesen jual arak
Iklan
DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras serta-merta
"Pemandu tahu, tidak boleh memandu kereta apabila sudah mabuk. Jika (mereka) tidak mahu ikut undang-undang, pemandu jadi seorang pembunuh. Undang-undang keras boleh menyelamat nyawa orang awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, CAP menyokong penuh dan berterima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil keputusan untuk membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras demi menjaga keselamatan orang awam.
Iklan
Menurut Subbarow, pihaknya berharap negeri-negeri lain dapat mengambil langkah sama sementara menunggu undang-undang baharu berkaitan pemandu mabuk diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>