Lebih 140 anggota bomba padam kebakaran
Iklan
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran sebuah kilang papan di Gopeng malam tadi.
GOPENG - Seramai 147 pegawai dan anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu di sini malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam.
Iklan
Iklan
Pengarahnya, Azmi Osman berkata, operasi itu melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Simpang Pulai, Kampar, Pasir Puteh, Tapah dan Ipoh.
"Operasi ini turut dibantu 74 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Bharu, Pasir Ponji, Menglembu, Langkap, Bercham, Teluk Intan, Ayer Tawar dan Juru dari Pulau Pinang.
Iklan
"Kebakaran itu hanya melibatkan sebuah stor berkeluasa 2,000 meter persegi dan api berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.
Menurutnya, bomba juga berjaya menyelamatkan tujuh stor lain daripada terus terbakar.
Iklan
"Api merebak dengan cepat namun, jarak setiap stor sejauh 2 meter menjadi ‘fire break’ yang menyekat pergerakan api.
"Operasi pemadaman diteruskan dengan kaedah mengepung dan menggunakan aliran air bertekanan tinggi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>